Skip to main content

Selebriti

Bella Astillah Hadir Berbaju Kurung Kuning, Setia Beri Sokongan Kepada Syed Saddiq

Astrogempak

Sekilas

  • Bella Astillah hadir di Istana Kehakiman Putrajaya pagi ini untuk memberi sokongan kepada tunangnya, Syed Saddiq, yang menunggu keputusan rayuan akhir kesnya.
  • Keputusan mahkamah akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau perlu menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA.
  • Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan rayuan pada jam 9 pagi hari ini.
Advertisement

Selebriti, Bella Astillah tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada pukul 7.55 pagi bagi memberikan sokongan kepada tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang bakal mengetahui keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.

Bella yang hadir mengenakan baju kurung berwarna kuning ditemani ahli keluarganya hanya sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media dan memberikan ucapan ringkas mendoakan.

Advertisement

“Doakan,” kata Bella.

Tidak lama kemudian, abang kepada Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, turut tiba di pekarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 8.12 pagi dengan mengenakan kemeja biru dan bersongkok.

Ketika ditanya mengenai harapannya terhadap keputusan yang bakal diumumkan, Syed Abdullah yakin adiknya akan memperoleh keputusan yang memihak kepadanya.

“Saddiq akan bebas,” katanya.

Difahamkan, ibu bapa mereka, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, hadir lebih awal iaitu sekitar jam 7 pagi bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Keputusan yang dijadual diumumkan pada jam 9 pagi itu akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut pada jam 9 pagi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement