Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Bella Astillah Menangis Anak Dihina - “Agak Keterlaluan Kaitkan…”

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah terkesan dengan serangan tidak bertanggungjawab terhadap anaknya, Ara Adreanna, dan memohon masa untuk bertindak melindungi keluarganya.
  • Pelakon dan penyanyi itu menyerahkan segala perkara kepada ketentuan Allah sambil menghargai sokongan positif daripada peminatnya.
  • Bella turut meluahkan rasa hairan dengan mentaliti individu yang menggunakan akaun palsu untuk menjatuhkan orang lain demi kepuasan peribadi.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terkesan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab sanggup menghentam anaknya, Ara Adreanna yang masih kecil.

 

Advertisement

Dalam keadaan sebak, pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, memohon sedikit waktu untuk mengambil sebarang tindakan bagi melindungi keluarganya.

 

“Agak keterlaluan kaitkan anak saya, bercakap tentang budak kecil yang tak tahu apa-apa. Sudah semestinya sebagai ibu saya terasa. Beri saya sedikit masa.

 

“Banyak lagi perkara saya kena susun betul-betul. Tak nak bertindak melulu,” katanya sambil menangis dalam sebuah siaran langsung baru-baru ini.

 

Menganggap pihak tersebut bangga menggunakan akaun palsu untuk menghentam, pelakon dan penyanyi berusia 32 tahun itu bagaimanapun menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

 

“Selepas itu dengan bangganya memberitahu dia akaun palsu. Saya okey saja sebab tahu Allah Maha Baik. Bunyi macam klise, tapi itu hakikatnya. 

 

“Daripada dulu saya percaya benda itu dan saya lalui sebenarnya sangat berat. Allah Maha Baik, mesti ada sebab dan hikmah kenapa jadi macam ini,” luahnya.

 

Dalam masa sama, tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu bersyukur kerana masih dikelilingi peminat yang sentiasa memberikan sokongan positif dan mendoakan kesejahteraannya.

 

“Minta jasa semua doa sama-sama, insya-Allah. Apa sahaja perkara jahat atau benda tak baik, kita lawan dengan doa. Saya percaya enam ribu yang tengah tengok orang yang baik-baik. 

 

“Saya fikir kalau 90 peratus, mungkin 10 peratus akaun palsu. Jadi, tak perlu fokus sebab saya ada 90 peratus yang doa,” ujarnya.

 

Bella turut berasa hairan dengan mentaliti sesetengah individu yang sanggup meluangkan masa semata-mata mahu menjatuhkan dan memalukan orang lain demi kepuasan peribadi.

 

“Saya hidup menjadi seorang manusia, anak dan ibu. Bila kita tengok orang bahagia ‘Ya Allah, gembiranya untuk dia’. Saya nak jadi manusia begitu. 

 

“Bukan buka mata, buka akaun palsu cakap ‘Apa lagi nak muat naik untuk memalukan orang’. Saya rasa macam hinanya menjadi manusia hanya hidup dengan niat yang sebegitu rupa.

 

“Itulah titik paling rendah sebagai seorang manusia. Tak habis-habis nak cakap fasal benda yang dah lepas,” ujarnya lagi.

 

Sebelum ini, kecoh dalam media sosial apabila seorang individu bertindak melampau dengan melabel anak kedua Bella, Ara Adreanna, sebagai kanak-kanak kurang upaya atau cacat.

 

Tuduhan tidak berasas tersebut tercetus selepas sering melihat Ara kerap didukung Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta kenalan rapat keluarga mereka dalam beberapa hantaran sebelum ini.

Anda mungkin berminat dengan

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

New Era Racing Light Blue Short Sleeve Woven Shirt

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

ELGINI E16218 Bra Sukan S-XXL | Sports Bra

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

Wool and Silk Warm Thermal Wear Set for Women Men Heat Tech Inner Wear Fleece Long John Autumn Winter Thermal Underwear Cashmere Top and Pants

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

Must Watch Video

Advertisement