Skip to main content

Viral

“Benci Orang Acah Kaya Tapi Jenis Kuat Berhutang & Tak Reti Nak Bayar” - Aliff Syukri

ASTROGEMPAK Aliff Syukri

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang suka menunjuk kemewahan tetapi culas membayar hutang.
  • Beliau menegur golongan yang sering pamer gaya hidup mewah di media sosial namun gagal melunaskan pinjaman.
  • Aliff menyatakan hanya mereka yang pernah mengalami situasi sama akan faham perasaan apabila susah nak dapatkan bayaran balik.

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang gemar menunjuk kemewahan namun culas melunaskan hutang.

 

Menerusi hantaran di Threads, Aliff secara terbuka menyuarakan pandangannya terhadap golongan yang disifatkan ‘acah kaya’ tetapi gagal membayar semula wang yang dipinjam.

 

“Papa benci orang acah-acah kaya ni tapi jenis kuat berhutang dah tak reti nak bayar… dekat social media update bukan main mega bercuti luar negara, pergi umrah tapi hutang pura-pura lupa.

 

“Bila kita minta duit dianggap kita macam pengemis,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dia turut menyindir situasi tersebut dengan menyatakan hanya individu yang melalui perkara sama akan memahami perasaan tersebut.

 

“Siapa ada member macam tu? Siapa makan cili dia rasa pedas,” katanya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement