Skip to main content

Viral

“Benda Berkaitan Rumah Tangga Ini Aib” - PU Amin Tegur Individu Tahan Orang Awam Tanya Hal Intim Suami Isteri

PU Amin
Advertisement

Tindakan individu yang didakwa menemu bual orang awam secara rambang dengan soalan berkaitan hal rumah tangga dan isu intim mengundang rasa kurang senang ramai.

 

Advertisement

Menerusi Threads, Pencetus Ummah (PU) Amin menegaskan soalan sebegitu bukan sahaja tidak wajar, malah boleh membuka aib individu yang terlibat.

 

“Apa pula tanya soalan macam tu dekat tengah-tengah jalan? Entah mana-mana orang ni tangkap tanya soalan… pernah tolak, pernah bersama. Eh mana boleh tanya macam tu. 

 

“Walaupun akak sensor muka dia, tapi kawan-kawan, kenalan, saudara-mara kenal suara dia, baju dia, beg dia,” kata PU Amin menerusi video yang dikongsikan.

 

Dalam masa sama, dia memuji wanita yang ditemu bual kerana memilih untuk tidak menjawab soalan berkenaan demi menjaga maruah diri.

 

Tambahnya, hal berkaitan hubungan suami isteri adalah aib yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

 

“Tahniah buat akak yang kena tanya tadi, akak tak jawab soalan tu. Ingat, benda-benda berkaitan rumah tangga ni aib. Mana boleh cerita. 

 

“Nabi beritahu, seburuk-buruk manusia di hari kiamat adalah yang menceritakan hal bersama suami atau isteri di khalayak ramai,” jelasnya.

 

Dia turut menegur tindakan sesetengah pihak yang didakwa menggunakan topik sensitif itu demi tujuan perniagaan atau promosi produk tertentu.

 

Katanya, mendapatkan nasihat atau rawatan sepatutnya dibuat di tempat yang betul dan secara profesional, bukan dengan menyoal orang secara terbuka di jalanan.

 

“Kalau betul nak nasihat atau rawatan, pergi tempat yang betul. Bukan tegur orang tengah jalan macam tu,” tegasnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement