HIBURAN

10 Tips YUNA Berjaya di Negara Orang – “Be inspired by Everything, Hargai Kerja Orang Lain, Luaskan Pengalaman...”

Afiza Kamarulzaman 21/11/2020 | 04:38 MYT
10 Rahsia dan Tips Yuna Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa
  1. Yakin dengan hasil kerja kamu.
  1. Perhatikan juga bagaimana orang lain melakukan kerja.
  1. Aplikasikan amalan menghargai hasil kerja orang lain. Saya misalnya, jika sukakan hasil kerja seseorang itu, saya akan cuba mencarinya dan menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepadanya. Cara ini mampu memberikan energi positif dan memotivasikan diri saya sendiri untuk memberikan yang lebih baik.
  1. Be inspired by everything! Sentiasa peka dengan persekitaran kamu. Kreativiti hadir daripada keprihatinan diri dan apabila kamu melihat keindahan dalam sesuatu itu.
  1. Berkolaborasilah dengan ramai orang tidak kisahlah mereka dari bidang yang sama atau tidak. Adalah sangat penting untuk kita sentiasa menjadi kreatif ya.
  1. Lakukan banyak kajian sama ada menerusi Youtube, blog dan sebagainya. Ia membantu kamu belajar banyak benda dan menambahkan lagi pengetahuan.
  1. Hormati orang lain – tiada tempat untuk mereka yang biadap walau di mana jua!
  1. Bersikap merendah diri kerana kamu tidak semestinya tahu semua benda.
  1. Berdiri teguh dengan pedirianmu. Jika kamu mahukan sesuatu atau nak luahkan sesuatu, berpegang teguh dan percayalah dengan keputusan itu.
  1. Experience is everything. Kamu akan menjadi lebih bagus dengan pengalaman. Tingkatkan pengalaman dengan bekerja dengan orang lain dan keluar mengembara.
#Yuna #Selebriti Malaysia #SheCan Fund