gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

12 Tahun Tanpa Album, Siti Sarah Buat Comeback

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
07/02/2017
06:25 MYT
Sponsor Banner
12 Tahun Tanpa Album, Siti Sarah Buat Comeback
Penyanyi Siti Sarah akui bakal muncul dengan album terbaharu pada April depan selepas kali terakhir muncul dengan album studio Tiada Dikau Tiada Makna 12 tahun lalu.
Siti Sarah, 33, berkata dia kini masih dalam proses pemilihan lagu untuk album terbaharunya itu.
"Saya bakal muncul dalam enam atau tujuh buah lagu nanti. Sekarang ini baru ada beberapa sahaja lagu yang saya terima iaitu daripada Tam Spider dan Aidid Alfian.
"Banyak lagu yang saya belum finalis lagi kerana kebanyakannya seperti tidak berapa kena dengan jiwa saya. Jadi saya terpaksa menunggu beberapa lagu lain untuk dipilih.
"Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama sedikit untuk menyiapkan album ini kerana kira ini merupakan comeback saya setelah sepuluh tahun tidak muncul dengan album.
"Lagipun, saya mahu berikan yang terbaik buat peminat saya yang sudah lama menantikannya," katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Siti Sarah memberitahu dia bakal muncul dengan single terbaharunya terlebih dahulu.
"Saya merancang mahu muncul dengan sebuah single dahulu, sebelum album penuh.
"Malah mungkin ada lagu-lagu lama yang saya akan nyanyikan semula dalam bentuk unpluged," katanya lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Siti Sarah
#Penyanyi
#Album baharu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement