Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

21 Hari Berpantang, Wawa Zainal Hilang 14 Kilogram. Ini Sebabnya ...

Zulaikha Yusof 22/12/2019 | 06:44 MYT
Pelakon Wawa Zainal berkongsi rutin yang wajib dilakukannya sepanjang tempoh berpantang.
Jelas Wawa dia akan bersauna sebanyak dua kali dalam sehari.
Wawa turut berkongsi berat badannya yang telah turun kepada 43 kilogram (kg) daripada 57 kg ketika hamil.
Selain itu, isteri kepada aktor Aeril Zafrel turut mendedahkan kulitnya berubah menjadi lebih anjal dan lembut.
"Sepanjang berpantang memang tak pernah skip sauna dua kali sehari.. Sauna ni bagus untuk bakar lemak-lemak..
"Sebelum mengandung berat badan Wawa 42 kg. Masa hamil naik ke 57 kg.. Dan hari ni hari ke 21 pantang berat da 43 kg.
"Perut memang da flat padahal makan tak hingat dunia lepas tu bila bersauna ni kulit memang jadi lembut ek?
"Kulit muka pun lebih anjal,lembut gitu. Padahal masa pantang ni la wawa paling malas nak jaga muka..
"Ni salah satu sebab sauna jgk..Terima kasih @natalismothercare yang sentiasa manja kan diri ku sepanjang berpantang ni.
"Kadang-kadang dalam hati eh sudah la layan aku macam putri ni tak kuasa da nak tungku 2 kali sehari, nak urut hari-hari, mandi herbs hari-hari, kena sediakan makan sedap hari-hari tapi fikir balik bila lagi kan..
"Masa berpantang ni je la nak manja kan diri 44 hari hehe siapa lagi yang tengah pantang macam Wawa tu?? Atau yang akan berpantang??" tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Sekadar info, Aeril dan Wawa berkahwin pada tahun 2013 dan dikurniakan tiga orang anak, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dan Ayya Soffya.
Wawa baru sahaja memasuki hari ke 22 berpantang selepas melahirkan Ayya pada 1 Disember yang lalu.
#Wawa Zainal #Kurus