Pelakon Nadia Aqilah Bajuri mendedahkan dia mengalami alahan teruk ketika trimester pertama kehamilan hingga terpaksa dikejarkan ke hospital beberapa kali.
Kata Nadia, 34, dia hanya mampu berkurung di dalam bilik sepanjang tempoh tersebut kerana muntah yang teruk dan tidak lalu makan.
"Tiga bulan pertama hamil memang saya berkurung dalam bilik sahaja, saya hilang daripada industri dan media sosial ketika itu.
"Badan saya tidak berdaya, lemah, mabuk teruk dan muntah sampai 30 kali rasanya. Sampaikan saya benci tengok makanan ketika itu.
"Disebabkan itulah tiga kali saya dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi," katanya kepada Gempak.
Keadaan itu memaksa Nadia 'menghalau' pulang rakan-rakan yang datang menziarahnya kerana segan.
"Saya malu apabila mereka terpaksa melihat saya dalam keadaan sebegitu, sampaikan saya minta mereka balik," tambahnya.
Namun, Nadia kini semakin stabil dan sudah mampu keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian termasuk bersenam.
"Sekarang saya sudah okey dan suami saya sendiri yang memaksa saya keluar rumah.
"Alhamdulillah rasa lebih kuat dan sudah boleh bersenam sedikit untuk kesihatan saya dan bayi," kata Nadia.
Pelakon yang mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Saiful Ridzuan pada April 2018 itu dijangka bersalin pada 21 Disember nanti.