Skip to main content

Budaya Popular

"Ada Beza Cara Bermaruah & Tak Bermaruah" - Aznil Komen Isu Foto Tak Senonoh

aznil-ocbefunky-collage.jpg
Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi memberi komen  terhadap tindakan segelintir artis yang merakam sendiri foto atau video tidak senonoh yang selalu tular sejak kebelakangan ini.

Memetik laporan HLive, Aznil mengatakan terdapat segelintir masyarakat masa kini yang membelakangkan aspek halal dan haram demi mencari populariti.

"Kalau isu sebegini, ada yang dia sendiri rakam, permintaan pun banyak, bila dah banyak permitaan tu banyaklah bekalannya.

"Segelintir orang sekarang telah membelakangkan aspek halal dan haram, mereka hanya mahukan populariti dan viral sahaja.

"Dalam hal ini, ada beza cara bermaruah dan cara yang tak bermaruah untuk dikenali dan viral ,"
 ujarnya.

Dalam pada itu, Aznil turut berpendapat bahawa kelakuan sebegitu akan menjadi kebiasaan dalam masyarakat apabila ia kerap berlaku.

"Perbuatan begitu dah jadi terlalu murah dan akan terus berlaku lalu menjadi kebiasaan dalam masyarakat," tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).  
 

Advertisement

Must-Watch Video