gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Bersama Gaza - "Berjuta-Juta Rakyat Gaza Kebuluran..."
HIBURAN
“Saya Dah Cuba Pisang Tapi…” - Aina Abdul Beri Sebab Pilih Epal Merah Sebelum Menyanyi
HIBURAN
Maxime Bouttier, Luna Maya Gaduh Kerana Telefon Bimbit
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ada Lelaki Ganggu Suami Adrea Abdullah Dengan Mesej Lucah

Amri Hassan
Amri Hassan
03/07/2018
07:03 MYT
Sponsor Banner
Ada Lelaki Ganggu Suami Adrea Abdullah Dengan Mesej Lucah
Pelakon filem Blok 404, Adrea Abdullah mendedahkan suaminya, Zul Fadzli Selamat kerap mendapat mesej dari lelaki menerusi laman sosial.
Terkejut dan bingung dengan perkara tersebut, suami Adrea turut menerima mesej lucah dan menjadi mangsa gangguan seksual.
"Kebanyakan yang mengganggu adalah dari kalangan lelaki. Lebih pelik, gangguan seksual itu semakin menjadi-jadi selepas dia berkahwin dengan saya. Pada peringkat awal, mesej dihantar itu kelihatan kelakar.
"Namun lama kelamaan, ia sudah dianggap keterlaluan apabila ada yang berani mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh," kata Adrea.
Pelakon ini merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki sebelum berkahwin dengan Zul yang bekerja sebagai pengarah dan juruvideo itu pada 9 Jun lalu.
Filem lakonan Adrea, Blok 404 kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.
Selain Adrea, pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut adalah Nur Risteena, Boy Iman, Zamarul Hisham, Fasha Sandha dan ramai lagi.
Teks: Noor Zulaikha Yusof Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
#Suami
#Mesej Lucah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement