Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Ada Pula Yang Cakap Saya Jaga Sebab Nak Ambik Kesempatan Tumpang Populariti?"- Isteri Aliff Syukri Tutup Instagram Anak Angkat

Zulaikha Yusof 28/06/2019 | 03:57 MYT
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mendedahkan akaun Instagram (IG) milik anak angkatnya, Ameena telah ditutup.
Menurut Shahida dia terpaksa menutup disebabkan sering menjadi tempat perbalahan sesama pengikut yang menyebabkan dia berasa tertekan.
"Banyak yang tanya mana IG Ameena.. Untuk pengetahuan semua saya dah tutup sebab banyak sangat yang tukang jaga pakai mulut.
"Itu tak kena ini tak kena..Bergaduh sesama sendiri.. Dengan saya pun stress terjebak.
"Alhamdulillah sejak takda ig tu hidup saya makin tenang..Biarlah dia jalani hidup biasa sebab mak ayah kandung dia pun orang biasa.
"Nanti gaduh-gaduh komen itu tak tak kena ini tak kena ada yang makan hati bila baca komen terutama parents kandung dia.
"Jangan la tanya saya lagi pasal benda ni ya sebab saya pun dah terangkan..
"Ada pula yang cakap saya jaga sebab nak ambik kesempatan tumpang populariti? Saya pun confius sekejap.
"Jadi untuk memastikan saya tak tumpang populariti Ameena saya tutup la ig dia ya biar dia hidup dengan aman damai dan bahagia," tulisnya.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
#Aliff Syukri #Shahida