Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baharu Ahmad
Idham mahu memberikan fokus kepada membangunkan bakat keseluruhan mereka yang terlibat
dalam industri ini.
Bukan sahaja daripada segi kandungan filem, malah kesemua yang terlibat, baik pelakon,
pekerja belakang tabir, dan penggiat seni juga akan turut sama ke pasaran luar negara.
"Saya merancang untuk menubuhkan program pembangunan bakat yang mana selain kita
mempromosikan produk kita ke pasaran antarabangsa, saya juga merangka untuk membawa
bakat tempatan ke sana seperti pelakon kita, pekerja-pekerja belakang tabir dan
penggiat kreatif kita,” katanya.
Idham juga berhasrat melalui pelan industri yang dirangka nanti akan dibentangkan dalam
satu sidang media setelah mendapat kelulusan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind
Singh Deo.
Idham merupakan pengarah, penerbit dan pelakon sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif Finas berkuat kuasa 11 Mac lalu.
Berita pelantikan itu diumumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
menerusi satu kenyataan rasmi.
Jawatan yang disandang oleh Ahmad Idham, 45, itu diambil alih daripada Shakib Ahmad
Shakir yang bertindak selaku pemangku sejak empat bulan lalu.
Sumber: Astro Awani