Skip to main content

Budaya Popular

Aliff Aziz Padam Foto Bella Astillah Di Laman Instagram... Kenapa Pula Tu?

bella_aliff.jpg
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memadam foto isterinya, Bella Astillah di laman Instagram miliknya.

Tindakan yang dilakukan oleh Aliff menimbulkan tanda tanya, lebih-lebih lagi selepas berita Aliff yang didakwa curang bersama Oktovia Manrose tersebar pada hujung bulan lalu.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Bella pula, wanita itu masih tidak memadamkan fotonya bersama Aliff.

Kali terakhir Bella memuat naik foto dirinya bersama Aliff adalah pada 20 Februari lalu.
 

Pada 27 Februari lalu, Bella menunjukkan bukti suaminya sedang berlaku curang dengan Oktovia dan Bella mendedahkan perkara terbabit di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Aliff pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

Must-Watch Video

Advertisement