Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Anak Dingdong Dantes & Marian Rivera Sambut Hari Jadi Ke-3, Comelnya!

Asraf Aided 23/11/2018 | 13:31 MYT
Selebriti popular dari Filipina, Marian Rivera berkongsi beberapa foto sekitar majlis sambutan hari jadi anak perempuannya iatu Maria Letizia yang berusia tiga tahun.
Isteri kepada aktor popular Dingdong Dantes ini membuat perkongsian itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
“Sharing with you my daughter’s advance birthday celebration at school.
“Thank you to her classmates and teachers for making her day a memorable one,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Marian meninggalkan komen dengan memberikan ucapan hari jadi kepada anaknya itu.
Marian dan Dingdong mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, kehidupan mereka sekeluarga amat disukai oleh peminat yang sentiasa menonton lakonan pasangan ini di kaca televisyen.
#Dingdong Dantes #Marian Rivera