HIBURAN
Anak Sulung Beransur Pulih Dari Kanser, Michael Bublé Kini Menimang Cahaya Mata Baru
Penyanyi terkenal Hollywood, Michael Bublé dan isterinya Luisana Lopilato baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata baru yang diberi nama Vida Amber Betty Bublé.
Menurut sumber, penyanyi itu beserta keluarganya telah kembali ke rumah dan sedang bahagia menyambut kedatangan baru dalam keluarga mereka.
"Michael dan Luisana semakin bahagia sejak menyambut kelahiran Vida.
"Kelahiran Vida adalah sejajar dengan kembalinya Michael ke industri hiburan setelah berehat selama dua tahun untuk memberi perhatian kepada anak sulungnya Noah, 4, yang menghidap kanser hati sebelum ini," kata sumber.
Namun, kini anak sulungnya itu telah beransur pulih dari penyakit tersebut dan ia menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.
Sebelum ini, Michael telah dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Noah, 4, dan Elias, 2.
Dalam perkembangan lain, Michael dikatakan akan membuat persembahan di London tidak lama lagi, namun sebarang kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan lagi.
Teks : Asraf Aided
Sumber : E News
Must-Watch Video