HIBURAN

"Anak Yang Mudah Dijaga Tak Banyak Ragam" - Yusoff Al Qardawi Sambut Ulang Tahun Pertama

Asraf Aided 25/06/2019 | 07:49 MYT
Bayi popular dan juga anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Yusoff Al Qardawi menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama hari ini.
Perkara itu dikongsi ibunya, Datin Seri Nur Shahida menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Shahida mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan kebaikan buat anak bongsunya itu.
"Selamat ulang tahun anakku 26/06/2018 - 25/06/2019.
"Anak yang mudah dijaga tak banyak ragam, menceriakan hari-hari mama dan abah, suka senyum.
"Semoga Yusoff membesar menjadi hamba yang taat perinta Allah, anak yang soleh, sempurna akhlak berjaya dunia dan akhirat mudahan menjadi asbab mama dan abah masuk ke syurga, amin," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menulis ucapan dan mendoakan kesejahteraan buat Yusoff.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
#Aliff Syukri #Nur Shahida #Yusoff Al Qardawi