HIBURAN
"Anak-Anak Munas Memang Superb" - Netizen Anggap Gabungan Hairul Azreen & Fifiy Azmi Sempurna!
Biarpun pertama kali digandingkan dalam satu naskhah filem, gabungan antara pelakon Hairul Azreen dan Fify Azmi dalam Wira telah menerima pujian ramai.
Malah, anda diantara pengguna sosial media menyifatkan gabungan duo itu sebagai hampir sempurna.
"Gabungan Hairul dan Fify sangat perfect," kata pengguna Twitter, Din Husain.
Selain Din, individu dikenali sebagai Hidayah Budiman turut berpendapat perkara sama.
"Bestlah tengok Fifiy dan Hairul berlawan," katanya di Twitter.
Bagi Shafizaa pula, filem Wira sepatutnya ditonton lebih dua kali kerana menampilkan aksi pertarungan yang hebat.
"Anak-anak Munas superb, jom repeat guys fighting hebat," katanya.
Sementara itu pada yang belum menonton Wira, anda boleh la ke pawagam sekarang kerana filem itu sedang 'hangat' ditayangkan.
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Must-Watch Video