HIBURAN

Andra & The Backbone Angkat Kisah Rakan Jadi Lagu

Kamaruddin Razal 17/11/2017 | 12:00 MYT
Kumpulan muzik Indonesia, Andra and The Backbone mengangkat kisah rakan mereka sendiri untuk dijadikan sebagai single terbaru.
Dianggotai oleh Andra Ramadhan (gitar), Dedy Lisan (penyanyi) dan Stevie Item (gitar), lagu yang berkisarkan mengenai kisah cinta tak kesampaian ini diberi judul Dejavu.
"Single terbaru kami mengambil inspirasi daripada kisah yang dialami oleh rakan sendiri. Kisah cinta tak kesampaian yang berlaku berulangkali kami rangkumkan dalam Dejavu.
"Pasti ramai pendengar di luar sana pernah menghadapi situasi jatuh cinta, kecewa, jatuh cinta semula dan kecewa sekali lagi. Kami merasakan perkara itu memang sering terjadi kepada ramai pihak.
"Setakat ini, Dejavu sudah 90 peratus siap dan bakal dipasarkan pada penghujung tahun ini," kata Andra yang ditemui usai Great Amal Fest Concert Andra and The Backbone di Timbre @ The Row, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.
Menerusi showcase yang berlangsung secara santai, selesa dan intim itu, sebahagian hasil jualan tiket diserahkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Ini merupakan showcase kelima yang diadakan oleh Andra and The Back Bone di Kuala Lumpur.
Dihadiri hampir 200 orang pengunjung, Andra and The Backbone menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu hits mereka seperti Main Hati, Tunggu Aku, Hikayat Cinta, Panah Takdir, Musnah, Hitamku, Seperti Hidup Kembali Sempurna, Tak Ada Yang Bisa, Lagi & Lagi, Saat Dunia Masih Milik Kita dan Jalanmu Bukan Jalanku.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Penyanyi #Indonesia #Penyanyi #Andra and The Backbone