Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Another Beautiful Baby!!" - Marian Rivera & Dingdong Dantes Dedah Wajah Anak Kedua

Zulaikha Yusof 24/04/2019 | 04:30 MYT
Selebriti popular Filipina, Marian Rivera buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak keduanya dengan jelas selepas selamat dilahirkan 16 April lalu.
Marian berkongsi foto wajah anaknya itu di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji kecomelan anak lelakinya itu.
Bayi yang diberi nama Jose Sixto G. Dantes IV itu dilahirkan selepas 10 jam Marian berada di bilik bersalin.
Marian dan Dingdong mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maria Letizia yang berusia empat tahun.
#Dingdong Dantes #Marian Rivera