HIBURAN

Anugerah Instafamous Beri Penghargaan Kepada Tun M

Azwa Rahman 09/08/2019 | 08:20 MYT
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima trofi Anugerah Instafamous Inspirasi dalam majlis Anugerah Instafamous anjuran hurr.tv malam tadi.

Memetik kenyataan menerusi video penerimaannya, Tun M berharap dapat menjadi contoh yang baik buat semua anak muda.

“Anugerah Instafamous Inspirasi ini disampaikan kepada saya atas dasar kepimpinan, dedikasi serta sumbangan saya kepada rakyat Malaysia dan juga sifat kerja kuat. There is no short cut to hardwork.

"Jika kita sayang kepada negara kita, kita harus sanggup berusaha dan bekerja keras untuk menaikkan semula negara kita ini,” ujar beliau lagi.



Bagi Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, pemilihan Tun M menjadi pemangkin inspirasi serta mampu mendorong para belia bekerja keras mencapai impian.

“Kami amat berbesar hati di atas kesudian Tun M menerima anugerah ini. Anugerah Instafamous Inspirasi adalah justifikasi kukuh bahawa Tun M sememangnya seorang individu yang sentiasa mempamerkan kekuatan, disiplin serta tekad dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada majlis yang diadakan di Vogue Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur malam tadi, hurr.tv turut memberikan anugerah khas kepada lapan personaliti lain yang memaparkan kewibawaan dan komitmen dalam bidang yang mereka ceburi.



Anugerah Instafamous Inspirasi – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Anugerah Instafamous Unggul – Vivy Yusof

Anugerah Instafamous Versatil – Ain Edruce

Anugerah Instafamous Adiwira – Izzue Islam

Anugerah Instafamous Pujaan Hati – Eyra Hazali

Anugerah Instafamous Fenomena – Floor 88

Anugerah Instafamous Stylista – Amelia Henderson

Anugerah Instafamous Idola #MudahTerhibur – Mark Adam

Anugerah Instafamous Couple Sejati – Elfira Loy & Faris Khairol Anuar

Memasuki tahun kedua penganjuran, berikut merupakan senarai penuh penerima Anugerah Instafamous.



Paling Ohsem - Cupcake Aisyah @cupcake_aisyah

Paling Bro - Megat Rahim @megatrahim_

Paling Chantek - Dahlia Rizal @itsdshazal

Paling On-Point - Nisha Ezzati @nishxnish

Paling Stylo - Johanis Sani @jo.ms

Paling Versatil - Sean LJE @seanlje

Paling Layan – Kucaimars @kucaimars

Paling BBNU (Budak Baru Nak Up) – Farah Khairina @n.frrah

Paling Fit - Syafiq Farhain @syafiqfarhain
#Instagram #Anugerah #Instafamous #Anugerah