HIBURAN
Apabila Wanita Terindah Menjadi Milik Coffee Prince, Ini Reaksi Peminat:
Hasrat peminat untuk melihat pelakon popular Fattah Amin dan Fazura berkahwin tercapai apabila pasangan itu selamat melangsungkan pernikahan semalam.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin sah bergelar isteri kepada Fattah dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.50 malam dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.
Perkahwinan tersebut ternyata mencetuskan fenomena apabila hashtag popular #FattZura mula menjadi trending di Twitter selepas beberapa jam berita itu dihebahkan.
Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya menyatakan rasa gembira dan memberikan ucapan tahniah melihat pasangan romantik itu disatukan.
Walaupun ada peminat yang terkejut dengan berita berkenaan namun mereka juga tidak dapat menyembunyikan rasa teruja serta tidak sabar untuk melihat Fattah dan Fazura diraikan dalam majlis resepsi nanti.
Peminat juga turut menyatakan rasa syukur kerana pelakon kesayangan mereka sudah memiliki Wanita Terindah dan Coffee Prince masing-masing.
Fattah dan Fazura dipertemukan menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderalla.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terlepas menonton episod pertama MY Coffee Prince? Jangan risau, anda boleh saksikan drama tersebut menerusi On Demand. Hanya sambungkan PVR ke wifi rumah anda sekarang.
Foto: Instagram
Teks oleh: Mya Amri