HIBURAN
Ary Malik Meninggal Dunia
Pelakon dan pengacara Ary Malik, 46, telah disahkan meninggal pada 7.17 malam tadi di Hospital Ampang Ampang.
Perkara tersebut disahkan suami Allahyarham, Shahrul Nizam Abdul Malik, 46.
Jenazah Allahyarham akan di bawa ke Masjid Kem Wardieburn untuk dimandikan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik menghembuskan nafas terakhirnya kerana kanser ovari.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Must-Watch Video