HIBURAN

"Ayah, Tenanglah Di Sana" - Anak Nassier Wahab

Amri Hassan 05/12/2019 | 14:57 MYT
Anak perempuan kepada penyanyi Allahyarham Datuk Nassier Wahab, Intan Najihah, 22, mengundang rasa sebak netizen menerusi sepotong ucapan di akaun Twitter miliknya hari ini.
BACA: Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia
Dalam ucapan tersebut, Intan meluahkan rasa sayang dan dukacitanya terhadap pemergian insan tercinta itu.
"Ayah, tenang la di sana... rehat la selama lamanya...
"Cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ini.
"Suatu masa nanti kita akan bertemu lagi... ijah sayang ayah," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Allahyarham Nassier, anak seni kelahiran Pulau Pinang itu meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya pada Khamis.
Selain Intan Najihah, Allahyarham juga meninggalkan isteri Datin Fatimah Abd Rauf.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang, Selangor.
#Anak #Meninggal Dunia #Datuk Nassier Wahab