HIBURAN

“Baby Girl Sihat” - Han Chae Ah Selamat Bersalin

Mya Amri 01/11/2018 | 10:19 MYT
Pelakon Korea yang dikenali menerusi drama Bridal Mask, Han Chae Ah selamat menimang cahaya mata sulungnya.
Menurut kenyataan yang diberikan oleh agensinya, Mystic Entertainment, bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat.
“Han Chae Ah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada waktu pagi, 30 Oktober lalu. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat.
“Han Chae Ah kini sedang berehat dan menjalani tempoh berpantang. Kami berharap peminat mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” kata wakil agensinya.
Han Chae Ah dan Cha Se Jji telah berkahwin pada May lalu.
Sumber: Soompi / Allkpop
#Artis Korea #Han Chae Ah