HIBURAN
"Baby K Is Here" - Isteri Ammar Alfian Bersalin
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam telah selamat melahirkan bayi lelaki pada malam Selasa.
Perkara itu dimaklumkan Nelissa menerusi Instastories akaun Instagramnya sebentar tadi.
"Baby K is here! Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Julai 2019," tulis Nelissa.
Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Sebelum ini kisah pergolakan mahligai bahagia pasangan itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Nelissa mendedahkan dicurangi Ammar ketika sedang hamil enam bulan.
Namun, pasangan itu masih belum bercerai namun mengesahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mei lalu.
BACA: "Tak Tinggal Serumah, Tapi Belum Bercerai" - Isteri Ammar Alfian Dedah Situasi Genting Perkahwinan
Baru-baru ini Ammar menerusi media sosialnya cuba memujuk kembali Nelissa namun wanita itu kembali membongkar sikap curang Ammar ketika berada di Barcelona, Sepanyol minggu lalu.
Must-Watch Video