HIBURAN

Badan Tidak Boleh Berdiri Lurus, Netizen Nasihatkan Hairul Azreen Jumpa Doktor

Zulaikha Yusof 12/03/2019 | 05:53 MYT
Pelakon Hairul Azreen mendedahkan dia tidak dapat berdiri lurus secara tiba-tiba.

Menurut Hairul bahagian belikat belakang jantung menjadi tegang yang mengakibatkan sesak nafas.

"Tadi sebelum training tiba-tiba badan saya tak boleh berdiri lurus, urat belikat belakang jantung tarik rasa macam sesak nafas, katanya angin, fuhh macam-macam," tulis Hairul.

Menerusi rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG) miliknya, Hairul sedang melakukan bekam api sambil menahan sakit.

Rata-rata pengikutnya menasihati supaya mendapatkan rawatan doktor serta mendoakan kesembuhan Hairul.

"@muhammaddanish: Pergi la hospital."

"@eranzz87_: Bahaya la..Better jumpa pakar. Takut slipdisc..Aku tak boleh bangun tau."

"@tinakasim94: Semoga cepat sembuh @hairulazreen."

"@fadyazizz: Ya allah kena pergi doktor please take care."

"@md.rajaie: Get well soon @hairulazreen."

Malah, ada segelintir netizen mengingatkan Hairul supaya tidak terlampau bekerja keras.

"@norma_ramli: The best kena rest juga..Jangan never sangat. Pasal kesihatan kena jaga."

"@izzy_fixz: Jangan paksa diri sangat abang..You already one of the best malaysian actor because all of the stunt you have done by yourself..Always keeps your head up and stay strong."

Difahamkan, Hairul sedang menjalani latihan sebagai teraju utama untuk penggambaran filem Wira.
#Hairul Azreen