HIBURAN

"Bagi Saya Tak Jadi Hero Tak Apa Asalkan ..." - Ammar

Zulaikha Yusof 13/03/2019 | 05:06 MYT
Pelawak dan pelakon Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan mendedahkan dia memulakan karier sebagai anak seni dengan menyertai sebuah program realiti Bintang Mencari Bintang.
Menurut Ammar walaupun ilmu di dada sikit sahaja namun dia bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi bakat lakonan.
"Hi saya ammar. Saya mulakan perjalanan seni saya dengan menyertai sebuah program realiti bintang mencari bintang bersama rakan baik, brother saya @isseyfazlisham dibawah tunjuk ajar @sabriyunus.
"Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi bakat lakonan saya walaupun ilmu saya cetek.
"Dengan berbekalkan rupa kurniaan Tuhan dan bakat pinjaman Tuhan ini masih ada yang sudi memanggil untuk job walaupun sekadar pelakon tambahan," tulisnya.
Tambah Ammar dia tidak kisah jika tidak memegang watak utama dalam lakonan.
"Bagi saya tak jadi hero tak apa asalkan usaha dan keikhlasan kita semasa bekerja sama macam hero, heroin pelakon kegemaran semua," tulisnya lagi.
Ammar mula aktif di industri hiburan pada tahun 2013 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Pelawak #Ammar