HIBURAN
Bakal Jadi Rakan Duet Lagu Raya Aliff Syukri, Nyanyian Rap Sajat Buat Netizen Tak Senang Duduk
Selepas video rakaman lagu raya terbaru Datuk Seri Aliff Syukri dikeceam hebat oleh netizen, kini tiba giliran usahawan popular Nur Sajat menjadi mangsa seterusya.
Difahamkan Sajat tampil sebagai rakan duet bagi raya nyanyian Aliff.
Dalam video yang dimuat naik di Instagramnya, Sajat dilihat bersungguh-sungguh untuk melakukan nyanyian rap.
"Adoi suara I pun kelaut, kena banyak practice ini. Rap pulak tu, terbelit belit lidah iols nak sebut satu persatu word keluar dari mulut giteww," katanya.
Bagaimanapun, video berdurasi 30 saat itu mendapat kecaman daripada netizen yang rata-ratanya mengutuk suara Sajat.
Ini antara kecaman nakal mereka:
