gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fara Salleh Harap Anak Tak Jadi Mangsa Ejekan Disebabkan Konflik Keluarga - “Dia Sempurna, Cantik…”
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Bakal Muncul Album Baru, Ziana Zain Cerewet Pilih Lagu

Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
12/03/2017
05:33 MYT
Sponsor Banner
Bakal Muncul Album Baru, Ziana Zain Cerewet Pilih Lagu
Penyanyi terkemuka Ziana Zain mengakui dirinya bersifat cerewet untuk memilih lagu yang akan dimuatkan dalam album terbarunya.
Sedang dalam proses mengumpul material album studio terbaru, Ziana mahu memberikan hasil yang terbaik buat peminatnya.
"Saya memang agak cerewet dan bersikap memilih, lebih-lebih lagi perkara tersebut melibatkan lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru. Album baru adalah tanda aras portfolio seorang penyanyi, seterusnya menjadi buah tangan terbaru kepada peminat yang sudah lama menanti.
"Tak salah jika saya bersifat memilih, semunya untuk kebaikan saya dan peminat yang mahu mendengar kelak. Jika dulu, saya tidak mempunyai kata putus kerana terikat dengan syarikat rakaman. Apabila saya sudah bergerak sendiri, saya mahu menghasilkan produk yang benar-benar bermutu buat semua peminat," kata Ziana ketika ditemui usai program Knock Knock Apa Ittew Faizdickie baru-baru ini.
Menjadi tetamu untuk program bual bicara santai kelolaan Faizdickie yang disiarkan menerusi laman Instagram @faizdickievp, Ziana hadir mempromosikan hijab jenamanya, Ziana Zain's World.
"Pembabitan saya dalam program bual bicara santai ini adalah kerana saya kagum dengan bakat dan idea anak muda seperti Faizdickie.
"Dia mempunyai landasan yang kuat dalam media sosial dan tak salah untuk saya mempromosikan jenama hijab saya menerusi program bual bicara santai ini," katanya lagi.
Penglibatan Ziana dalam program Knock Knock Apa Ittew Faizdickie dibawakan khas oleh portal membeli-belah Section 1.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#repost @iamzachismail Geram @iamzianazain kata kat Kak Leha Bunting yang bunting tak sudah ? . Pic after live bersama @faizdickievp untuk promosi sari hijab @zianazainsworld ... Ziana Zain menggayakan Nova Chiffon koleksi terbaru dari Sari Hijab Cc @zianazainsworld_brunei @zianazainsworld_brunei @zianazainsworld @zianafolks
A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on Mar 10, 2017 at 7:57pm PST
Haaaa neves ni nak interview diva @iamzianazain dalam Knock-Knock Apa Ittew! Heaaa Jangan lupa tengok LIVE kat InstaLive abang tauuuu! Lagi 10 minit tauuuu! Haha Boleh gak korang tengok LIVE kat Facebook NASRUL FAIZ ABU AZAL! Heaaaa
A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on Mar 9, 2017 at 4:52am PST
Topic Berkaitan
#Ziana Zain
#Faizdickie
#Knock Knock Apa Ittew
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement