Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Baru 19 Tahun Kylie Jenner Dah Jana Pendapatan USD 41 Juta Setahun

Muhammad Izzat 14/06/2017 | 04:57 MYT

Model dan personaliti TV, Kylie Jenner tersenarai dalam majalah Forbes sebagai 100 selebriti terkaya di dunia.

Gadis berusia 19 tahun itu dilaporkan memperoleh pendapatan USD 41 juta setahun.

Semua hasil pendapatan itu diperoleh menerusi program realiti, perniagaan kosmetik, kontrak iklan dan jenama pakaiannya sendiri.

Pendapatan yang cukup lumayan itu sekaligus menempatkan Kylie di tempat ke-59 dalam senarai tahunan yang dikeluarkan oleh Forbes.

Menerusi Twitter selebriti tersebut, Kylie teruja dengan pencapaiannya.

"Wow, tersenarai sebagai orang termuda di dalam senarai 100 Forbes, " tulisnya.

Lebih membanggakan adik Kendall Jenner itu mendahului kedudukan selebriti yang jauh lebih tua daripadanya seperti Jennifer Lopez (ke-65), Rihanna (ke-77) dan Britney Spears (ke-89).

Sumber: Huffington Post

Olahan : Syafiqah Jalal

#Kylie Jenner #Model