Skip to main content

Budaya Popular

Belum Berkahwin Di Usia 30 Tahun, Yoon Seung Ah Risau Jadi Andartu

birth-of-a-mrs-k-drama.jpg
Pelakon Korea, Yoon Seung Ah akui risau apabila dirinya masih belum berkahwin di usia 30 tahun.
 
Menurut Seung Ah, dia khuatir dirinya digelar anak dara tua memandangkan rakan-rakan seusianya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
 
Perkara itu diluahkan oleh aktres itu menerusi drama terbarunya berjudul The Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com.
 
Yoon Seung Ah memegang watak sebagai Yeong Hee, wanita berusia 30-an yang risau tentang dirinya masih belum berkahwin.
 
Bagaimanapun nasibnya berubah apabila bekas teman lelakinya, Cheol Soo hadir dan mencadangkan proposal perkahwinan untuknya.
 
Jangan lupa saksikan 10 episod The Birth Of A Mrs di portal Gempak.com.
 
The Birth Of A Mrs  merupakan drama Korea online pertama yang ditayangkan di Gempak.com.
 
Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI.

Teks oleh: Mya Amri

 

Advertisement

Must-Watch Video