Pelakon Ben Amir akui berasa janggal ketika berlakon bersama Shasha Abedul dalam drama adaptasi novel ‘Chandelier’.
Kata Ben, dia tidak biasa apabila perlu membahasakan dirinya dengan panggilan abang.
“Saya tidak ada perasaan kekok dengan orang lain cuma dengan watak Shasha saja. Saya kena bahasakan diri saya abang.
“Saya tak pernah nak gelarkan diri abang,” katanya.

Tambah Ben, jika dia seorang pisau cukur dia akan cuba mendapatkan aktres Mimi Lana.
“Kalau Ben jadi pisau cukur, apa yang awak nak cukur kat Mimi?” tanya Isha.
“Cinta dia,” jawab Ben secara ringkas.
Drama ‘Chandelier’ ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Drama arahan Michael Ang itu dilakonkan oleh Ben Amir, Mimi Lana, Norman Hakim, Zamarul Hisyam, Shasha Abedul, Nadya Syahera dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Gempak TV menyiarkan rangkuman tribut sempena pemergian pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia, Ashraf Sinclair.
Gempak TV juga sempat merakam momen manis sepanjang majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson.
Selain itu, penyanyi Zaynakal dan penulis lirik, komposer dan penyanyi rap Yonny Boii turut diundang sempena mempromosikan lagu terbaharunya Sakit.
Justeru, bagi mengetahui lebih lanjut cerita mereka, jangan lupa saksikan Gempak TV yang dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel pada pukul 11 malam ini.
Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.