HIBURAN
Bermula 1 April, Ini Nombor Saluran Baharu Daripada Astro
Bermula 1 April 2020, Astro bakal menyusun semula senarai nombor saluran di kesemua rangkaian platform termasuk Astro GO dan NJOI bagi memberikan pengalaman menonton yang lebih baik untuk dinikmati oleh para pelanggan.
Lebih 100 buah saluran dalam definisi tinggi (HD) akan disusun di kedudukan yang lebih awal untuk akses yang lebih mudah dan cepat.

Langkah mudah untuk mencari saluran HD/SD yang sama iaitu dengan hanya merujuk kepada nombor saluran HD tersebut dan menambah angka 20.
Sila lihat contoh seperti yang tertera di bawah:
Astro RIA HD kini berada di saluran 104, manakala Astro RIA di saluran 124 (104 + 20 daripada Astro RIA HD)
HBO HD kini berada di saluran 411, manakala HBO di saluran 431 (411 + 20 daripada HBO)
Para pelanggan juga boleh mendapatkan senarai penuh kedudukan nombor saluran baharu menerusi tiga cara di bawah:
WhatsApp - WhatsApp ‘Hi’ ke +60395433838 dan pilih menu untuk nombor saluran baharu
Layari laman sesawang - http://astro.com.my/new-number
Saluran 100 - Senarai penuh nombor saluran baharu boleh didapati di saluran ini
Penyusunan semula kesemua nombor rangkaian saluran ini tidak akan memberi kesan kepada pengalaman menonton dan para pelanggan boleh terus menikmati rakaman program kegemaran masing-masing tanpa sebarang gangguan.
Untuk maklumat lanjut mengenai nombor saluran baharu, sila layari http://astro.com.my/new-number