HIBURAN

"The Best Part Tengok Husband Tolong Jaga Anak & Kemas Rumah" - Tiada Pembantu, Betty Rahmad Ada Rutin Baru

Badrul Hashim 27/10/2020 | 00:30 MYT
Tentunya agak sukar tanpa bantuan bila punya anak kecil, dan pada masa yang sama ibu serta ayah perlu bekerja. Tanpa pembantu, pastinya agak payah.
Itu yang dirasai oleh pelakon dan usahawan Betty Rahmad dan suami apabila sudah beberapa minggu tanpa pembantu rumah, tetapi mereka tetap melakukan yang terbaik untuk anak mereka.
"My world, my bestfriends, my everything. Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.
"Nasib baik lah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah," tulis Betty pada satu entri di Instagram miliknya.
Malah menurut Betty, bukan setakat rutin baru tetapi juga dia sangat seronok melihat sikap suaminya yang turut membantu menjaga anak dan mengemas rumah.
"The best part bila tengok husband tolong jaga anak & kemas rumah. Alhamdulillah syukur dapat partner yang sangat membantu.
"We’re good its just mummy tak boleh nak focus kerja. Doakan dapat nanny yang boleh layan @ardywira_ main," tulis Betty yang berharap mendapat pembantu rumah untuk membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja.
Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ardy Wira.
#Anak #Betty Rahmad #Pembantu