HIBURAN
"Biarkan Berbunga Jangan Tak Berpunya" - Shuib Serang Balas Zizan
Persaingan membabitkan isu motosikal jenis Y15ZR (YSuku) antara pelawak Zizan Razak dan Shuib Sepahtu nampak gayanya telah mencuri tumpuan ramai netizen.
Hampir setiap hari, ada saja lawak dan adegan perli memerli antara mereka.
Jika sebelum ini Zizan tampil dengan gambar berserta 'falsafah' permotorannya, namun kini tiba giliran Shuib membalas dengan kata-kata yang lebih 'pedas'.
"Assalammualaikum, salam Jumaat semua... Satu lagi falsafah yg berguna buat kehidupan @zizanrazak869.
"Biarkan Berbunga Jangan Tak Berpunya," katanya ada entri di Instagramnya.
Gambar berkenaan sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada yang menganggap ia sebagai perkara melucukan, namun tidak kurang juga membimbangi berlakunya persilihan faham antara mereka berdua.
Anda boleh lihat komen netizen yang ditinggalkan di ruang entri Instagram Shuib di bawah.
Terdahulu, isu membabitkan Shuib dan motosikal jenis Y15ZR miliknya tular apabila ia telah diubah suai oleh isterinya sendiri, Siti Sarah Raisuddin.
Menurut Sarah, dia mahukan sesuatu yang lebih nampak ganas, 'robotish' dan pada sama sama nampak diva.
BACA: "Macam Perarakan Hari Merdeka Je..." - Zizan Razak Perli 'Rekaan Terbaru' Motosikal Shuib... Lawak!