HIBURAN
Big Stage 2: "Lagu Yang Susah Itulah Orang Nak Tengok" - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat peserta program realiti Big Stage 2 hanya menyanyikan lagu mengikut keselesaan masing-masing.
Menurut Siti, ia disebabkan setiap peserta diberikan kuasa untuk memilih lagu yang ingin dinyanyikan.
"Bila buat begini, sudah semestinya akan ada baik buruk. Setiap penyanyi boleh memilih lagu sendiri untuk dinyanyikan ketika pertandingan namun garis panduan dari pihak produksi tetap diperlukan.
"Sudah tentu seseorang penyanyi itu akan menyanyikan lagu yang mereka boleh bawakan dengan baik.
"Namun, dalam masa yang sama, tidak ada cabaran buat penyanyi itu," katanya kepada Gempak.
Siti yang bertindak selaku juri tetap ditemui sejurus usai konsert minggu pertama program realiti Big Stage Musim Kedua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.
Tambah pelantun lagu Anta Permana itu, juri memerlukan pelbagai variasi nyanyian daripada peserta.
"Sebagai juri, kita perlukan variasi nyanyian daripada peserta. Sebenarnya, lagu yang susah itulah yang orang nak tengok.
"Pada saya, perkara ini perlu dibincangkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan pemilihan lagu terbaik dan sesuai buat mereka," katanya lagi.
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!