HIBURAN

Bila Nak Kahwin? Shiha Zikir Tutup Mulut...

Kamaruddin Razal 19/12/2018 | 12:51 MYT
Penyanyi lagu Jagakan Dia, Shiha Zikir menutup mulut apabila ditanya soal rumah tangga.
Masih menjalin hubungan cinta dengan pengurusnya, Arul, bintang program realiti Mentor ini mengakui dirinya serik untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan.
"Sejujurnya, saya enggan lagi berbicara mengenai kahwin, takut apa yang saya katakan tak menjadi. Saya pernah mengeluarkan kenyatan mahu mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini, tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana kami sibuk mengatur kerjaya seni.
"Alhamdulillah, tahun 2018 amat baik untuk perjalanan karier seni saya. Selepas ini, jika saya dan kekasih rasa benar-benar mahu mendirikan rumah tangga, akan saya maklumkan.
"Untuk menjawab pertanyaan mengenai bila mahu mendirikan rumah tangga, saya mahu tutup mulut dahulu kerana saya belum ada jawapan bagi persoalan itu," katanya wanita kecil molek ini.
Sedang sibuk sebelum melancarkan single dangdut untuk pasaran Indonesia, Shiha mengimpikan perkahwinan kecil-kecilan sahaja.
"Saya memang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tetapi masa yang tepat itu belum tiba. Bila sudah sampai seru nanti, majlis itu akan diadakan kecil-kecilan sahaja dan dihadiri oleh keluarga, sahabat rapat dan teman media.
"Buat masa ini, kami sedang sibuk merancang perjalanan karier dan bisnes untuk tahun 2019. Insya-Allah, cita-cita saya untuk melancarkan lagu khusus buat pasaran Indonesia akan tercapai tidak lama lagi," katanya.
Shiha ditemui di ditemui media di majlis pembukaan cawangan kedua spa kecantikan FABUlash di Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Selepas sukses dengan cawangan pertama yang beroperasi di Desa Park City, Kuala Lumpur, FABUlash menjadi pilihan mereka yang mahukan perkhidmatan lash extension, manicure, pedicure, waxing dan henna.
“FABUlash menjadi pilihan selebriti seperti Nabila Razali, Nabila Huda, Janna Nick, Zara Zya, Datin Nina Juren, Noryn Aziz, Bella Astillah, Nina Iskandar, Ernie Zakri, Tiz Zaqyah, Eira Syazira, Erin Malek, Syamim Farid, Mimi Fly, Cassidy, Elisya Sandha dan ramai lagi termasuk personaliti media sosial terkemuka.
"Pelanggan juga tidak perlu bimbang atau khuatir, kerana perkhidmatan kami dijamin selamat dan halal untuk digunakan. Malah kami adalah satu-satunya di Malaysia yang mempunyai sijil dan kami diiktiraf oleh Persatuan Nailist Jepun,” kata Hi Yin Pink selaku Pengarah Pemasaran FABUlash.
Turut hadir ialah Tengku Ab Hadi Tengku Mustapha selaku Pengarah Urusan FABUlash dan Tracy Wan sebagai Pengarah Kreatif.
Selain Shiha, Nabila Razali, Cassidy dan Mimie Fly turut hadir menyerikan majlis.
Foto: Nik Ahmad Fahmi
#Penyanyi #Penyanyi #Shiha Zikir