Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

"Birthday Boy Is Down With A 40 Degree Fever" - Leez Sambut Birthday Suami Di Hospital

Badrul Hashim 18/07/2019 | 22:03 MYT
Pelakon dan penyanyi Leez Rosli terpaksa akur menyambut ulang tahun hari kelahiran suaminya, penyanyi utama kumpulan Drama Band, Aepul Roza di hospital.
Dalam satu entri di Instagramnya, Lee memberitahu Aepul mengalami demam panas yang teruk, dengan kepanasan 40 darjah.
"Cinta sampai mati. Happy birthday Daddy sayang. Semoga yang baik-baik sahaja buat ampa.
"Tahun ni birthday sambut kat hospital sebab Daddy demam panas," tulis Leez pada satu entri di Instagramnya.
Leez juga memohon semua agar dapat mendoakan kesihatan suaminya itu.
"Mohon semua doakan sesihatan suami hakak Aepul Roza demam over 40 degree," tulisnya lagi.
Leez atau nama sebenarnya rosliza binti Rosli berkahwin dengan Aepul Roza pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Kredit Gambar: Instagram
#Leez Rosli #Aepul Roza