HIBURAN

Black Hanifah Bakal Timang Anak Perempuan

Zulaikha Yusof 27/09/2018 | 10:20 MYT
Penyanyi Hanifah Md Hanafiah atau lebih dikenali Black mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Menerusi Instagram (IG) milik Black, dia telah memuat naik satu foto bersama isterinya beserta kapsyen.

"Tak lama dah..tinggal sebulan je lagi Dayyan nak dapat adik..And it's a baby ...," tulis Black.

Isteri Black, Naquia Yasirah atau Cira juga berkongsi satu foto ketika 'maternity shoot' di media sosialnya.

"34 weeks #maternityshoot #babygirl," tulis Cira.

Rata-rata peminat turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsi serta mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

"@Farrasafwan: Congrats. Moga Allah permudahkan."

"@Nur_ezzaty: Yeayyy baby girl happynya..sukanya..cant wait to see you baby."

"@Hazwani_ahmad88: Yeyyy..Dayyan dapat adik perempuan. Hihi."

"@Eydafazlida: Omg dayyan nak dapat adik gegirl."

Black dan Cira telah berkahwin pada 13 September 2013.

Hasil perkongsian hidup mereka dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.
#Penyanyi #Penyanyi #Black Hanifah #Bakal Timang Anak Perempuan