Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Buat Apa Saya Nak Sorok..." Ayie Floor 88 Akui Ada Teman Istimewa

Asraf Aided 13/12/2019 | 10:12 MYT
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham akui mempunyai seorang teman istimewa dan mungkin diketahui oleh segelintir peminatnya.
Menurut Ayie, dia tidak pernah berniat untuk menyorokkan perkara itu dari umum kerana lama-kelamaan, ia tetap akan diketahui ramai.
"Mungkin ada yang sudah tahu saya ada teman istimewa kerana saya tidak pernah menyorokkan perkara itu terutamanya di media sosial.
"Bagi saya, buat apa nak sorok, kalau perkara benar-benar berlaku, lama-kelamaan orang akan tahu juga," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ayie mengatakan dia belum bersedia menggelarkan individu tersebut sebagai teman wanita kerana mereka masih dalam proses mengenali satu sama lain.
"Namun begitu, individu berkenaan bukanlah teman wanita saya setekat ini kerana kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain," tambahnya.
Sekadar info, kumpulan Floor 88 mula mengeluarkan lagu pertama mereka yang berjudul Zalikha pada tahun 2017.
Kumpulan ini terus berjaya membina nama dengan beberapa lagu yang digemari ramai antaranya Aqilah, Roadblock Hatiku dan Hutang.
#Floor 88 #Ayie