Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Bunga, Terima Kasih Kerana Telah Mencintai & Menjaga Anak Kami .." - Ayah Ashraf Sinclair

Zulaikha Yusof 18/02/2020 | 23:45 MYT
Rakaman video ayah kepada pelakon Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair memberi ucapan sejurus usai pengebumian anaknya tular di media sosial.
Mohamed mengucapkan terima kasih kepada menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) kerana telah membahagiakan arwah sepanjang perkenalan mereka.
"Bunga, terima kasih kerana telah mencintai dan menjaga anak kami, Ashraf selama ini. Awak memang sangat luar biasa," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed tidak lupa untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak kerana meluangkan masa menziarahi arwah.
"Terima kasih Indonesia kerana mengenang putera kami di hati anda semua.
"Terima kasih banyak," kata ayah Ashraf disambut dengan tangisan Noah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) semalam.
Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.
Kredit: Twitter @feyzheng
#Ayah Ashraf Sinclair #Ucapan