HIBURAN
Butak Tunjuk Taring! Terus Jadi Juara Selepas Sehari Ditayangkan!
Biarpun baru sehari ditayangkan di saluran Astro First, filem arahan sutradara Sabri Yunos, Butak telah mengungguli carta filem apabila berada di kedudukan pertama.
Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw, semalam.
“Fuhh.. Butak hari ini di tangga pertama carta guys!
“Terima kasih kepada semua yang telah menonton.
“Carta filem Top 5 menempatkan Butak diikuti filem lain yang masih hangat permintaannya.
“Siap sedia untuk hujung minggu,boleh le layan hanya Sewa dan strim On Demand atau Saluran 480,” kata pengendali akaun tersebut.
Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.
Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.
Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.
Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.
Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai hari ini.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Must-Watch Video