HIBURAN

Butang Baju Aku Mana Pah? – Peminat Komen Status Lucu Edry

Mya Amri 22/06/2017 | 04:36 MYT
Penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim berkongsi status lucu berkenaan dilema yang dihadapi oleh kaum lelaki setiap kali menjelang Syawal.
“Masa nak Raya ni, dilema setiap lelaki nak sarung baju Melayu, mesti ada je butang set yang hilang. Malam-malam mesti ada toyol curi ni.
“Kalau dulu nak cari tiga je, baju Melayu sekarang nak empat butang pulak! Adoi! Saya seru semua pereka fesyen buat baju Melayu siap butang lekat terus,” tulisnya.
Status yang disertakan dengan hashtag #masalahlelaki itu kemudiannya mendapat perhatian peminat.
Rata-ratanya bersetuju dengan situasi yang dialami oleh Edry dan mereka juga turut membalas status tersebut dengan komen-komen lucu.
Kebanyakannya menggunakan ayat popular “Butang baju aku mana Pahhh” menerusi babak filem Madu Tiga lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Antara komen lain yang diterima ialah:
@ayulayin: Betul tu, pernah abah saya nak pakai baju Melayu pagi raya kecoh cari butang. End up pakai mak punya brooch!
@fiezafz: Memang pun. Sama kelam kabut bini gak la. "Mana butang baju melayu aku pah” terpaksa beli baru.
@i_am_razie: Dari zaman Tan Sri P.Ramlee lagi masalah ni dah ada. Agak-agak bila nak settle.. Hahahahaha.
@syahiran.sukardi: Kadang-kadang butang ada lagi, bila nak pakai baru nampak batu dia hilang #harapanpalsu.
Istimewanya, selepas Edry meluahkan masalah berkenaan, beberapa hari kemudian anak-anaknya telah memberikan butang baju Melayu sebagai hadiah hari bapa.
“Wah! Hari bapa today saya dapat hadiah istimewa daripada anak-anak. Diorang belikan butang baju melayu baru. Siap Star Wars lagi. Raya ni the force will be with me #fathersday2017 #ayah,” tulisnya.
Teks oleh: Mya Amri
#Edry Abd Halim #Raya