HIBURAN
Cekik Pekerja Stesen Minyak, Penyanyi Remaja 21 Tahun Ditahan Polis
Penyanyi lelaki berusia 21 tahun ditahan oleh pihak polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, semalam.
Dalam kejadian sekitar 4 petang semalam, penyanyi yang juga komposer itu ditahan polis selepas kejadian itu dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan, lapor Harian Metro.
Menurut seorang saksi, kejadian berlaku ketika artis terbabit muncul di stesen minyak itu untuk mengisi petrol kenderaannya.
“Bagaimanapun berlaku salah faham ketika artis itu mahu membuat bayaran terhadap minuman yang mahu dibeli.
“Difahamkan, artis itu mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh kakitangan stesen minyak itu,” katanya.
Menurutnya lagi, penyanyi itu yang tidak berpuas hati kemudian menyerang kakitangan lelaki terbabit serta mencekik leher mangsa.
“Melihat keadaan menjadi tidak terkawal, pengurus stesen minyak itu bertindak segera menghubungi polis.
“Anggota unit peronda polis (MPV) yang muncul di lokasi tidak lama kemudian cuba menenangkan keadaan.
“Bagaimanapun tindakan polis mahu mendapatkan kerjasama baik artis terbabit gagal apabila lelaki itu enggan menunjukkan Mykad bagi tujuan siasatan.
“Malah, tindakan artis itu mencabar anggota polis bertugas menyebabkan polis terpaksa menahan dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan artis terbabit sudah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Sumber: Harian Metro