gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hafiz Suip Berdamai Dengan Takdir, Belajar Tentang Penyesalan Hidup - “Amarah… Salah Satu Yang Menyebabkan Diri Saya Hancur”
VIRAL
"Kami Belajar Guna Kancil, Dia Ferrari" - Netizen Terkedu Level 'Anak Kayangan’ Ammar Ahyan
VIRAL
"Ramai DM Minta Nasihat Berpoligami, Saya Anggap Itu ..." - Aslam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Christima Grimmie Mati Ditembak Selepas Konsert

Ahmad Shah
Ahmad Shah
12/06/2016
05:33 MYT
Sponsor Banner
Christima Grimmie Mati Ditembak Selepas Konsert

Bekas peserta program realiti nyanyian The Voice, Christina Grimmie maut selepas ditembak sejurus selepas mengadakan persembahan dalam sebuah konsert di Orlando, Florida.

Menurut jurucakap polis Orlando, Wanda Miglio, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kevin James Loibl, 27, melepaskan tembakan ke arah Christina Grimmie sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

Ketika kejadian, Gimmie, 22, sedang meluangkan masa dan menandatangani autograf para peminatnya di teater The Plaza Live sebelum Kevin menghampirinya.

Saksi di tempat kejadian melaporkan bahawa abang Gimmie, Marcus, sempat mengejar dan menangkap suspek sebelum membunuh diri.

Hampir 120 peminat sedang berkumpul sewaktu kejadian berlaku dan pihak polis memuji tindakan pantas abang Gimmie yang mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Gimmie dikejarkan ke pusat perubatan Orlando sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah sekitar jam 2.30 pagi.

Christina Gimmie yang meyertai The Voice musim keenam berjaya berada di tangga ketiga. Gimmie mula dikenali sewaktu berusia 15 tahun di laman YouTube selepas videonya menyanyikan lagu Party In The USA oleh Miley Cyrus mendapat jutaan penonton.

Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Topic Berkaitan
#Artis Antarabangsa
#Kes Jenayah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement