HIBURAN

Cipta Tudung Pakai Buang Pertama Untuk Hospital, Siapa Sangka Doktor Cantik Ini Rupanya....

Hanafis Haris 20/12/2019 | 06:50 MYT
Kebanggaan Malaysia, itu mungkin gelaran selayaknya diberi kepada Dr Farah Roslan.

Farah kini menjadi perhatian dunia apabila berjaya mencipta tudung pakai buang pertama khusus untuk doktor muslim di United Kingdom (UK).

Menerusi laporan Metro UK, tudung jenis pakai berkenaan dicipta selepas tudung dipakai oleh kebanyakkan doktor di Hospital Royal Derby sebelum ini tidak sesuai dan bersih selepas beberapa jam digunakan.

Disebabkan masalah itu, Farah kemudian mencari material yang sesuai untuk kegunaan di bilik bedah.

Menariknya, Farah dikatakan mencari material berkenaan ketika berada di Malaysia sebelum membawanya ke UK.

Tambah mengagumkan, tudung pakai buang itu telah mendapat pengesahan di UK dan ini bermakna doktor wanita yang memakai hijab tidak perlu bimbang sekiranya perlu membuka pakaian itu ketika pembedahan.

Apapun tahniah diucapkan kepada Farah kerana berjaya membuka mata dunia terhadap kebolehan rakyat Malaysia.

#Viral #Viral #Doktor