HIBURAN
"Dah Bertahun-Tahun Makan, Tak Mati Keracunan Pun" - Isu Panaskan Semula Nasi, Netizen Tempelak KKM!
Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai bahayanya nasi yang dipanaskan semula telah menjadi topik 'panas' dalam kalangan netizen baru-baru ini.
Menerusi satu posting di Facebook, KKM menjelaskan nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan makanan.
Ini kerana nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang ada di dalam nasi itu dikatakan aktif semula.
"Ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun. Nasi yang sudah berlendir dan berbau tidak boleh dimakan.
"Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan. Nasi yang telah dimasak dan tidak habis dimakan mesti disimpan dalam peti sejuk dalam bekas yang tertutup," kata pengendali akaun tersebut.
Pendapat ini kemudian menjadi isu besar apabila sesetengah netizen menganggap fakta tersebut tidak sahih.
Menerusi ruang komen, ramai netizen berpendapat makan nasi yang dipanaskan telah diamal sejak dahulu lagi oleh nenek moyang kita.
Sehubungan itu, ramai yang meminta supaya kajian terperinci dilakukan oleh pihak kementerian sendiri.
Anda boleh lihat antara komen-komen mereka di bawah.