Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Dah Mula Kenal Orang, Pandai Merajuk…” – Noor Nabila Rindu Jebat Waktu Kecil

Mya Amri 17/04/2019 | 12:25 MYT
Kakak kepada pengacara MeleTOP, Neelofa, Noor Nabila berkongsi perkembangan terbaru anak kesayangannya, Jebat Jayden yang kini memasuki usia lapan bulan.
Nabila berkongi perkara itu menerusi foto terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Merindui gelagat anaknya ketika masih bayi, Nabila memberitahu Jebat kini sudah mula mengenali orang dan pandai merajuk.
“Major throwback. Time ni Baby J baru 1 day old… Sekarang dah nak masuk 8 bulan... dah mula kenal orang, dah pandai merajuk, pandai tegur orang… hai cepatnya masa berjalan... @jebatjayden,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga turut mempunyai perasaan yang sama.
“Memang Kita tak sedar bila anak kita membesarkan. Makin besar makin bijak… Semoga baby J membesar dengan sihat yeee,” komen @aliaalwi
“Yes kakak @noornabila nanti bila dah nak berjalan dan mulut banyak lagi seronok… Seronok sangat-sangat ada anak. Semoga yang baik-baik milik mu @noornabila and Jebat,” kongsi @nz.denden
Foto: Instagram @noornabila
#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila #Jebat Jayden