Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

Dakwaan Palsu, Agensi Lee Dong Wook Ambil Tindakan Undang-Undang

Mya Amri 03/03/2020 | 14:57 MYT
Agensi pelakon terkenal Korea Lee Dong Wook, King Kong by Starship bakal mengambil tindakan undang-undang mengenai dakwaan palsu terhadap artis mereka.
Agensi itu telah mengeluarkan kenyataan menerusi posting terbaru di akaun Instagram rasmi mereka hari ini.
“Baru-baru ini kami mendapati ada dakwaan palsu yang disebarkan mengenai artis di bawah naungan kami.
“Dengan ini kami mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu, dakwaan tak munasabah dan komen melampau sehingga boleh menjatuhkan reputasi artis kami.
“Kami juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja mereka-reka gosip palsu dan menjatuhkan nama baik artis kami.
“Pihak agensi kami akan terus memantau situasi berkenaan agar tidak memburukkan keadaan. Kami akan cuba sedaya upaya dan mencuba yang terbaik untuk melindungi artis naungan kami dengan mengambil tindakan undang-undang tanpa kompromi,” tegas agensinya.
Terdahulu, terdapat satu kumpulan yang dikenali sebagai Sincheonji telah menyebarkan berita palsu mengenai penularab wabak COVID-19 di daerah Daegu, Korea.
Spekulasi mengatakan beberapa selebriti juga turut terlibat dengan kumpulan berkenaan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea #Lee Dong Wook