Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

“Dapat Kesedaran Lepas Sakit Lutut” - Kak Girl Makin Kurus

Azwa Rahman 09/07/2020 | 12:31 MYT
Personaliti media sosial dan pelakon Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mengakui dirinya telah susut berat badan apabila mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Menurut Kak Girl, dia mula menyedari untuk mengurangkan berat badan selepas mengalami sakit-sakit badan.
“Bila kita rasa kita perlukan kesihatan yang baik, saya rasa why not saya pun berubah.
“Sebenarnya dah lama jugak saya sakit-sakit lutut sebab badan berat dan sekarang saya keluarkan produk sendiri iaitu Susut HQ untuk sebagai makanan tambahan,” ujar Kak Girl ketika dihubungi Gempak.
Tambah Kak Girl lagi, di samping mengambil makanan tambahan, dia turut mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam.
“Susut tu saya amalkan malam sebelum tidur dan esok pagi ia melawaskan. Bila petang saya akan habiskan masa untuk bersenam, itu pun atas treadmill je.
“Pemakanan pun saya sekarang terkawal dan proses ini sangat membantu sehingga saya capai ke tahap ini,” ujarnya lagi.
Terbaru, Kak Girl mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Osman Ali.
Dia dan pasangan dijangka akan berkahwin pada hujung tahun ini selepas selesai menjalani beberapa penggambaran drama.
#Tips Kurus #Kurus #Kak Girl